KUAL LUMPUR, 11 Feb – Menteri Besar Kedah Datuk Seri Ahmad Bashah Md. Hanipah dilantik menjadi Pengerusi Perhubungan UMNO Kedah yang baru menggantikan Datuk Seri Mukhriz Mahathir, kata Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Menurut beliau, Presiden UMNO Datuk Seri Najib Razak telah mengarahkannya untuk memaklumkan perlantikan Ahmad Bashah tersebut dalam satu kenyataan media pagi Khamis.

Selain, Ahmad Bashah, Menteri Pelajaran Datuk Seri Mahdzir Khalid dilantik Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Kedah, jawatan yang sebelum ini disandang oleh Ahmad Bashah.

“Sehubungan dengan itu, saya juga ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan ribuan terima kasih keapda Datuk Seri Mukhriz Mahathir,” kata Tengku Adnan.

Muhkriz pada 3 Feb lepas meletakkan jawatannya sebagai Menteri Besar Kedah tetapi menyerahkan kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menentukan jawatannya sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah.

Ahmad Bashah yang sebelum ini memegang jawatan Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Kedah mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Kedah pada 4 Feb di Istana Anak Bukit. – Sharini Abdulah (WD MY)

LEAVE A REPLY