ALOR SETAR, FEB 20 –  PERUNTUKKAN….Peruntukan sebanyak RM1.3 bilion yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kepada Langkawi baru-baru ini bukannya ‘dedak’ tetapi ianya merupakan satu keperluan untuk kemajuan pembangunan di pulau bebas cukai itu.

Peruntukan tersebut adalah bagi memastikan segala pembangunan yang telah dirancang oleh kerajaan negeri untuk Langkawi dapat dilaksanakan dengan sebaik mungkin tanpa sebarang kekangan kata Menteri Besar Kedah Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah.

“Keperluan air di Langkawi sudah berada pada tahap maksimum sebab itu kita ingin bina tempat takungan air bagi memastikan keperluan cukup”.

Katanya, “Begitu juga dengan keperluan dan kapakaran di hospital yang mana penting untuk penduduk tempatan dan pelancong sekiranya berlaku kecemasan.

Apa yang diumumkan, mereka (pembangkang) kata semuanya ‘dedak’ tetapi mereka perlu sedar apa yang diumumkan oleh Datuk Seri Najib itu adalah atas kapasiti beliau sebagai Perdana Menteri dan hanya kerajaan yang boleh mengumumkan perancangan sebegini,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina MCA dan Gerakan di sini, semalam.

Beliau berkata demikian ketika mengulas dakwaan Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir berhubung peruntukan RM1.3 bilion yang diumumkan Perdana Menteri, Sabtu lepas sebagai ‘dedak’ menjelang Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) – MY WD