J?AKARTA, 20 Sept – Datuk Seri Dr Ahmad Z?ahid Hamidi hari ini melakukan kunjungan hormat ke atas Presiden Indonesia J?oko Widodo di Istana Presiden di Bogor, kira-kira 50km dari sini.

?Kunjungan hormat selama kira-kira sejam itu merupakan program di luar jadual l?awatan kerja Timbalan Perdana Menteri di Indonesia.?
?
?Sewaktu kunjungan hormat itu, Ahmad Zahid diiringi isterinya Datin Seri ?Hamidah Khamis, Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Luar Datuk Ibrahim A?bdullah, Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri Datuk Wan Ali Besar.?
?
?Ahmad Zahid dalam rangka lawatan kerja empat hari di Indonesia sejak Jumaat.
?
Ini lawatan pertama beliau ke luar negara sejak dilantik sebagai Timbalan P?erdana Menteri pada 28 Julai lepas.?

Ahmad Zahid juga sebelum ini menjadi Menteri pengiring ketika Presiden Indonesia itu mengadakan lawatan kerja ke Malaysia pada awal tahun ini.-Suraya Ahmad (WD MY)?

LEAVE A REPLY