KUALA LUMPUR, 11 Dis – Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr
Ahmad Zahid Hamidi akan mendapatkan pandangan pihak berkuasa berhubung kenyataan
Tun Dr Mahathir Mohamad baru-baru ini, yang mendesak penahanan Perdana Menteri
Datuk Seri Najib Tun Razak di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah
Khas) 2015 (SOSMA).

Ahmad Zahid, yang juga Menteri Dalam Negeri, berkata beliau akan berbincang
dengan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar jika terdapat bukti yang
kukuh mengenai perkara tersebut.

“Saya tidak tahu. Perkara itu di bawah bidang kuasa pihak berkuasa,
khususnya dalam isu ini, pihak polis,” katanya pada sidang media bersama Menteri
Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein di luar Perhimpunan Agung UMNO
2015 di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini hari ini. – Suraya Ahmad (WD MY)

LEAVE A REPLY