KUALA KANGSAR, 12 Jun – Pastikan Pembangunan…..Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berjanji beliau secara peribadi akan turun padang memastikan projek pembangunan dilaksanakan di sini jika Barisan Nasional (BN) memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kangsar pada 18 Januari ini.

Timbalan Perdana Menteri menegaskan bahawa Kerajaan Persekutuan akan memastikan projek pembangunan yang boleh dilaksanakan di Parlimen berkenaan.

“Walaupun saya sebagai pemimpin peringkat nasional, di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung, takkan saya tidak mahu balas budi negeri tanah tumpah darah saya,” katanya pada Program RELA Bersama Pemimpin di Sekolah Kebangsaan (SK) Manong di sini petang ini.

Hadir sama, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir; Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Abdul Puhat Md Nayan dan Ketua Pengarah Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA), Datuk Kamariah Mohamad Noor.

Ahmad Zahid berkata, pembangunan di Kuala Kangsar penting memandangkan kedudukan Bandar Diraja. – WD MY

LEAVE A REPLY