COLOMBO, 20 Julai – Tangani Isu Keganasan Bersama…. Isu ancaman keganasan dijangka mendapat perhatian dalam lawatan kerja dua hari Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ke Sri Lanka.

Kerjasama dengan Sri Lanka dilihat penting untuk memastikan isu keganasan ditangani bersama secara bilateral dan multilateral.

Menurut Duta Besar Malaysia ke Sri Lanka, Wan Zaidi Wan Abdullah, selain usaha bersama menangani ancaman keganasan, kerjasama dua hala antara Malaysia – Sri Lanka dalam pelbagai bidang terutama ekonomi turut akan ditingkatkan.

Malaysia adalah rakan perdagangan Sri Lanka yang agak signifikan dengan nilai perdagangan dua hala mencecah AS$571 juta dolar tahun lalu.

Jumlah dagangan juga memihak kepada Malaysia menyaksikan nilai eksport ke negara itu berjumlah AS$481 juta dolar.

Antara yang dieksport minyak sawit, bahan kimia, peralatan elektrik dan alat ganti.

Manakala jumlah import dicatatkan AS$90 juta dolar.

Ahmad Zahid yang dijadual tiba di Colombo kira-kira 12.30 pagi esok waktu tempatan akan mengadakan kunjungan hormat ke atas Presiden Sri Lanka, Maithiprala Sirisena dan Perdana Menteri negara itu, Ranil Wickremesinghe.

Beliau juga akan mengadakan mesyuarat dengan Menteri Dalam Negeri dan Menteri Pekerja Asing Sri Lanka berhubung isu pengambilan pekerja asing. – WD MY

LEAVE A REPLY