KUALA LUMPUR, 10 Mei – Tetamu Terhormat…… Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr
Ahmad Zahid Hamidi dijadual menjadi tetamu kehormat Malam Wartawan Malaysia 2016
pada 20 Mei ini.

Menurut kenyataan Institut Akhbar Malaysia (MPI) hari ini, Ahmad Zahid
yang juga Menteri Dalam Negeri, akan turut menyampaikan hadiah kepada pemenang
Hadiah Kewartawanan Malaysia (HKM) MPI PETRONAS 2015, termasuk dua hadiah utama.

Tahun ini, HKM MPI-Petronas menarik 438 penyertaan media pelbagai bahasa
dalam 18 kategori yang dipertandingkan termasuk lima kategori baharu
iaitu reka bentuk muka halaman pertama terbaik, infografik terbaik, editorial
kartun terbaik, laporan portal terbaik dan laporan radio terbaik.

Pemenang setiap kategori akan membawa pulang RM10,000 manakala pemenang
hadiah utama iaitu Anugerah Kajai, akan membawa pulang RM30,000 berserta trofi
dan sijil. – Suraya Ahmad (WD MY)

LEAVE A REPLY