PUTRAJAYA, 7 Dis – Naib Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berharap perhimpunan bersama Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Shafie Apdal pada malam ini tidak mempunyai tujuan yang boleh memecah belahkan perpaduan dalam Umno

Ahmad Zahid berpandangan pihak penganjur perhimpunan itu tidak berhasrat untuk memecah-belah parti berkenaan.

“Bagaimanapun, ia dibuat untuk melepaskan beberapan pandangan yang pada hemat saya ia harus didengar kami dalam kerajaan dan UMNO,” kata Ahmad Zahid.

Beliau yang juga Timbalan Perdana Menteri berharap perjumpaan itu bukan platform untuk meluahkan sesuatu secara terbuka.

“Bukan hasrat menyokong, tetapi kita fikir jika ia tidak diluahkan secara terbuka, ia tersebar luas dalam media sosial.” kata beliau.

Ahmad Zahid ditemui media menerima kunjungan hormat Menteri Kehakiman Australia, Hon Michael Keenan di sini hari ini.

“Sudah tentu kita mengharapkan supaya menggunakan Perhimpunan Agung UMNO untuk mengadakan silaturrahim dan tidak guna platform lain untuk mengukir peta baru dalam landskap politik di negara ini terutama dalam kalangan UMNO,” kata Ahmad Zahid.

Muhyiddin yang dijangka berucap dalam satu perhimpunan khas pada 8.30 malam ini di Kelab Sultan Sulaiman.-Suraya Ahmad (WD MY)

LEAVE A REPLY