KOTA BHARU, 4 Jun – Tunaikan…. Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menunaikan solat Isyak dan solat sunat tarawih bersama kira-kira 2,000 jemaah di Masjid Al-Sultan Ismail Petra, Kubang Kerian di sini, malam ini.

Beliau yang tiba kira-kira 8.30 malam turut diiringi Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri merangkap Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed dan timbalannya, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub.

Hadir sama Ketua UMNO bahagian Kubang Kerian Datuk Seri Muhammad Abdul Ghani dan Pemangku Ketua Polis Kelantan SAC Din Ahmad.

Solat itu diimamkan Ustaz Mohd Shahrizal Kadir dari Pejabat Timbalan Perdana Menteri sempena Program Penerapan Nilai-Nilai Murni.

Terdahulu, Ahmad Zahid berbuka puasa dan solat Maghrib pada program sama di Masjid Mahmudi, Bachok. – WD MY