SUNGAI BESAR, 12 Jun – TPM Hadir Ceramah Perdana…… Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi meluangkan masa menghadiri ceramah perdana penceramah bebas, Datuk Mohammad Kazim Elias malam tadi.

Ceramah anjuran Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) itu dibuat di padang Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Besar bermula jam 10.30 malam.

Hujan sejak jam 6 petang tadi ternyata tidak menghalang kira-kira 1,000 orang untuk menghadiri ceramah itu.

Calon Barisan Nasional (BN) bagi Parlimen Sungai Besar, Budiman Mohd Zohdi turut menghadiri ceramah perdana itu. – WD MY

LEAVE A REPLY