JOHOR BAHRU, 19 Okt – Makan Malam Bersama Umno Negeri….. Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, hadir majlis makan malam bersama Badan Perhubungan UMNO Johor di sebuah hotel dekat bandaraya ini di sini, malam tadi.

Ahmad Zahid yang juga Naib Presiden UMNO, tiba pada jam 8.30 malam dan disambut Menteri Besar merangkap Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Turut hadir, Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor, Tan Sri Mohamad Aziz; Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor, Datuk Abd Latif Ahmad; Setiausaha UMNO negeri, Datuk Md Jais Sarday dan Menteri Pertahanan yang juga Ketua UMNO Bahagian Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

Hadir sama, Timbalan Menteri Pengangkutan yang juga Ketua Bahagian UMNO Seri Gading, Datuk Ab Aziz Kaprawi dan Pengerusi Kelab Penyokong Barisan Nasional (BNBBC) merangkap Ketua UMNO Bahagian Johor Bahru, Tan Sri Shahrir Abd Samad. – WD MY