BAGAN DATUK, 13 Jun – Solat….. Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi meluangkan masa bersolat Isyak dan Tarawih bersama kira-kira 200 jemaah di Masjid Ubudiah, Parit 18, Hutan Melintang malam tadi.

Selesai solat Tarawih yang diimamkan oleh Setiausaha Sulit kepada Timbalan Perdana Menteri Ustaz Mohd Sharizal Kadir, beliau bersama-sama jemaah masjid menikmati hidangan moreh.

Terdahulu, Ahmad Zahid menghadiri tahlil dan Iftar Jamaie di Sekolah Menengah Agama Al-Ulum Syariah serta bersolat Maghrib berjemaah di Masjid Aziziah, Bagan Pasir di sini.

Beliau turut meluluskan permohonan peruntukan RM100,000 bagi membeli sebuah van untuk kegunaan para pelajar Sekolah Menengah Agama Al-Ulum Syariah serta turut beramah mesra dengan mereka. – WD MY