KOTA BHARU, 24 Feb – BERTEMU…… Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengadakan pertemuan tertutup dengan kira-kira 1,000 petugas Barisan Nasional (BN) Kelantan, hari ini.

Ketibaan Ahmad Zahid yang juga timbalan pengerusi BN pada kira-kira 1.40 tengah hari, disambut Pengerusi BN Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed, timbalannya Datuk Ahmad Jazlan Yaakub serta pimpinan BN Kelantan yang lain.

Dalam perjumpaan itu, ┬áturut membincangkan program “Get Out The Vote (GOTV) BN bagi menghadapi pilihan raya umum Ke-14.

Sebelum ini, perjumpaan yang sama turut diadakan di Johor dan Melaka.

Selepas berakhirnya perjumpaan itu, Ahmad Zahid bertolak ke Majlis Sepetang Bersama Rakyat di Dataran Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) di Tendong, Pasir Mas. – WD MY