Ahmad Zahid Bertemu MB Kelantan Pagi Ini

0
48

KOTA BHARU, 5 Jun – Pertemuaan…. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, melakukan kunjungan hormat terhadap Menteri Besar Datuk Ahmad Yakob di Kompleks Kota Darul Naim, di sini, hari ini.

Ahmad Zahid tiba pada jam 9.50 pagi, diiringi Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed dan Pemangku Ketua Polis Kelantan, Senior Asisten Komisioner Din Ahmad.

Perjumpaan secara tertutup itu turut disertai Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Pendidikan dan Pengajian Tinggi Kelantan, Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan.

Semalam, Ahmad Zahid yang dalam rangka lawatan kerja selama dua hari, menghadiri Program Penerapan Nilai-nilai Murni Bersama TPM Di Bulan Ramadan dengan warga Kementerian Dalam Negeri (KDN) peringkat Kelantan, di Masjid Mahmudi, Bachok.

Kelantan adalah destinasi keenam penganjuran program berkenaan selepas Terengganu, Negeri Sembilan, Selangor, Kedah dan Pahang. – WD MY