KUALA LUMPUR, 8 Dis – LANCAR….. Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein hari ini bersama-sama melancarkan buku ‘Bicara Budi’, yang merupakan koleksi tulisan rencana Anggota Parlimen Sungai Besar Budiman Mohd Zohdi yang pernah disiarkan di akhbar-akhbar.

Naib Presiden UMNO Ahmad Zahid, yang menjalankan tugas sebagai Timbalan Presiden parti, dan Hishammuddin melancarkan buku setebal 129 muka surat itu pada Perhimpunan Agung UMNO 2017, yang berlangsung sehingga esok, di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini. – WD MY