MELAKA, 24 Dis – Hadir…… Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, dan isteri, Datin Seri Hamidah Khamis, meraikan pasangan mempelai, Nordiana Hijrah Mohd Kamel, 26, dan Mohd Nabil Saleh, 26, di Rumah Melaka, Bukit Katil, di sini, hari ini.
Ketibaan Ahmad Zahid dan isteri disambut bapa pengantin perempuan yang juga adik Hamidah, Mohd Kamel Khamis serta isteri, Norsidah Hashim.
Timbalan Perdana Menteri meluangkan masa dua jam bertemu serta beramah mesra dengan tetamu serta sanak saudara.
Turut hadir, Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Wira Othman Muhammad dan isteri, Datin Wira Halimah Baba.
Kira-kira 1,000 tetamu menghadiri majlis yang diadakan dari jam 10 pagi hingga 4 petang itu. – WD MY