BAGAN DATUK, 8 Mei — ZIKIR….. Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menghadiri majlis Zikir Ulama Antarabangsa Bagan Datuk yang diadakan di Masjid Al-Falah Sungai Nipah Darat di Rungkup malam tadi.

Ahmad Zahid yang berjubah putih bersama-sama hampir 1,000 umat Islam sekitar daerah Bagan Datuk termasuk para ulama daripada 11 negara mengimarahkan program itu yang turut disiarkan secara langsung menerusi laman sosial Facebook ‘Zahid Hamidi’.

Selain daripada Malaysia, ulama yang menyertai zikir adalah daripada Pakistan, India, Bangladesh, Australia, Hong Kong, Arab Saudi, Singapura, United Kingdom, Amerika Syarikat dan Zambia.

Program dianjurkan oleh Pertubuhan Tarekat Muktabar Malaysia (Pertama) dan Y2G Ulul Albab Center of Excellence.

Majlis yang bermula pukul 6.30 petang itu dimulakan dengan zikir diikuti solat berjemaah Maghrib dan kemudiannya tazkirah yang disampaikan ulama Pakistan, Maulana Zulfiqar An-Naqsyabandi Mujaddidi. – WD MY