KUCHING, 24 Nov – Terima Gelaran……. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menerima Darjah Datuk Patinggi Bintang Kenyalang yang membawa gelaran Datuk Patinggi.

Majlis penganugerahan disempurnakan oleh Tuan Yang Terutama Yang DiPertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Seri Abdul Taib Mahmud di Astana Negeri Sarawak pagi tadi.

img_0689

Darjah Datuk Patinggi Bintang Kenyalang (DP) merupakan darjah kedua tertinggi dalam senarai darjah bintang kebesaran negeri Sarawak.

Penganugerahan sempena sambutan ulangtahun Tuan Yang Terutama Negeri Sarawak pada kali ini. – WD MY