KUALA TERENGGANU, 3 Nov – Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr
Zahid Hamidi yang juga Naib Presiden Umno dijadual merasmikan penutupan
Konvensyen Umno Terengganu 2015 pada Jumaat (6 Nov) di Hotel Primula Beach
Resort.

Menurut Setiausaha Badan Perhubungan Umno Terengganu Datuk Muhammad Pehimi Yusof
berkata konvensyen yang bermula Khamis ini akan dirasmikan oleh Menteri Besar
Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman, Pengerusi Badan Perhubungan Umno
Terengganu.

“Konvensyen kali ini melibatkan seramai 848 perwakilan dari lapan bahagian
dan 153 jemputan khas dari kalangan veteran Umno, ahli Mubarak dan mantan wakil
rakyat serta wakil anak muda PERMATA,” katanya pada sidang media di Wisma Darul
Iman di sini hari ini.

Muhammad Pehimi yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan
Wanita, Keluarga dan Masyarakat negeri berkata konvensyen tersebut akan
membincangkan persiapan menghadapi pilihan raya umum ke-14 demi memastikan
Barisan Nasional (BN) Terengganu menang dua pertiga majoriti. – Sofea Nawar (WD MY)

LEAVE A REPLY