JITRA, 04 Ogos — Rasmikan….. Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hadir untuk merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Jerlun 2017 di Sekolah Menengah Sains Kubang Pasu hari ini.

Beliau yang tiba kira-kira pukul 4 petang itu disambut meriah oleh Pemangku Ketua UMNO Bahagian, Datuk Abu Hasan Sarif; Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Othman Aziz merangkap Timbalan Menteri Kewangan dan Ketua Wanita UMNO Bahagian, Datuk Maznah Hamid. – WD MY