ULAANBAATAR (MONGOLIA), 16 Julai – Kutuk….Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mengutuk insiden serangan terbaru pengganas dalam rempuhan trak di Nice, Perancis.

Beliau turut menzahirkan rasa dukacitanya terhadap insiden berkenaan.

“Kita merasakan serangan ini tidak sepatutnya berlaku tambahan pula jika ia dilakukan oleh pengganas yang mengguna nama Islam, ini akan burukkan imej Islam,” katanya.

Tambahnya, Malaysia sedia menawarkan Prosedur Operasi Standard, SOP mengenai pemulihan dan deradikalisasi kepada Perancis dan negara lain, selaras dengan pengalaman Malaysia menangani masalah pemulihan pengganas. – WD MY

LEAVE A REPLY