PASIR GUDANG, 6 Jan – Hadir…… Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini menghadiri majlis pernikahan anak perempuan Pegawai Khasnya, Datuk Abdul Halim Suleiman di kediamannya di Bandar Seri Alam di sini.

Ketibaan Ahmad Zahid pada jam 9.20 pagi disambut oleh Abdul Halim yang juga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Puteri Wangsa dan isterinya, Datin Siti Yusnita Md Yusop.

Pasangan pengantin, Nur Nazifa Abdul Halim, 21, dan Mohamad Faizal Mohamed, 22, dinikahkan sendiri oleh Abdul Halim di hadapan Iman Masjid Taman Rinting, Imam Aziz Nikmat.

Pada majlis itu, Ahmad Zahid turut dikejutkan dengan hadiah pulut kuning oleh keluarga pengantin perempuan sempena hari kelahiran beliau yang ke-64, kelmarin.

Ahmad Zahid kemudian bergambar kenangan bersama pasangan pengantin dan turut bersalaman dengan tetamu yang hadir sebelum meninggalkan majlis kira-kira jam 10.10 pagi tadi.

Kira-kira 200 jemputan menghadiri majlis berkenaan.

Majlis persandingan pasangan mempelai itu akan diadakan esok di kediaman yang sama. – WD MY