BANDAR HILIR, 12 Feb – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tiba di Hotel Holiday Inn, di sini hari inibagi menghadiri Sesi Percambahan Minda Mengenai Permasalahan Dadah.

Ketibaan Ahmad Zahid disambut Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron; Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar dan Peguam Negara, Tan Sri Mohamad Apandi Ali.

Pada sesi tertutup itu, Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri dijangka membentangkan hasil laporan sesi percambahan minda anjuran Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK).

Program sehari itu dianjurkan hasil kerjasama pelbagai agensi kerajaan, swasta dan badan bukan kerajaan (NGO). Antara agensi kerajaan berkenaan termasuk AADK, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Kastam Diraja Malaysia serta Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM). – Suraya Ahmad (WD MY)

LEAVE A REPLY