KUALA KANGSAR, 7 Jun – Jangan Sabotaj…. “Jangan ada unsur sakit hati dan sabotaj dalam kalangan jentera parti Barisan Nasional terhadap calon yang telah dipilih untuk Pilihan Raya Kecil PRK, Kuala Kangsar.”

Itu ingatan yang diberikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi kepada semua jentera parti bagi memastikan kerusi P067 terus kekal milik BN.

Beliau berkata demikian pada Majlis Ramah Mesra Bersama Pengundi dan Masyarakat di Ulu Kenas.

Hadir sama, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir. – WD MY

LEAVE A REPLY