KUALA LUMPUR, 4 April – SIASATAN….. Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata pihak Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik akan melakukan siasatan terhadap kes Ketua Bahagian UMNO Bandar Tun Razak, Datuk Rizalman Mokhtar yang ditahan dalam serbuan di sebuah pusat hiburan di ibu negara.

“Kita akan lakukan siasatan. Polis akan lakukan siasatan,” kata Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Dalam Negeri kepada media ketika ditanya mengenai kes berkenaan  hari ini.

Terdahulu Rizalman yang mengadakan sidang akhbar pagi tadi menafikan dakwaan beliau terlibat dengan penyalahgunaan dadah selepas ditahan di sebuah kelab hiburan di ibu negara, awal pagi Isnin lalu.

Rizalman dalam sidang akhbar itu percaya dakwaan itu adalah satu perangkap yang bermotifkan politik bagi merosakkan nama baiknya, namun tidak tahu siapa yang melakukannya. – WD MY