BAGAN DATOH, 19 Nov – Bantu……. Kerajaan akan membantu membina semula tujuh
buah rumah yang hangus dalam kebakaran di Kampung Batu 9, Hutan Melintang pada
Khamis lepas.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata beliau
akan memberi bantuan tambahan kepada kerajaan negeri bagi memastikan kesemua
rumah terbabit disiapkan dalam tempoh terdekat.
“Kita akan bina tujuh daripada 10 buah rumah kerana hanya tujuh sahaja yang
berpenghuni. Segala kos pembinaan akan ditanggung sepenuhnya dan kita berbuat
demikian bukan membayar pampasan tapi atas simpati dan tanggungjawab,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melawat kawasan rumah
terbakar serta beramah mesra bersama mangsa-mangsa terlibat hari ini.
1
Dalam lawatan tersebut, Ahmad Zahid turut menyerahkan sumbangan peribadi
berupa barangan keperluan dapur kepada semua wakil keluarga mangsa terlibat.
Ahmad Zahid, yang juga Anggota Parlimen Bagan Datoh, berkata kesemua rumah
tersebut akan dibina semula di atas tapak asal namun pemilik perlu mengemukakan
geran tanah masing-masing terlebih dahulu.
Katanya setakat ini kos pembinaan tujuh rumah terbabit masih dalam
penilaian.
Kebakaran yang berlaku kira-kira pukul 11 pagi Khamis itu memusnahkan 10
daripada 12 buah rumah, sekaligus meninggalkan mangsa sehelai sepinggang.  – WD MY