BAGAN DATUK, 26 Feb – Bangunkan….. Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr
Ahmad Zahid Hamidi berjanji akan terus membangunkan kawasan Parlimen Bagan Datuk
dengan sokongan padu pengundi di kawasan itu kerana tidak mahu ia terus
ketinggalan daripada arus pembangunan.

“Dahulu daerah kita sangat terbelakang sangat terpinggir, saya berjanji pada
diri saya jika PRU (pilihan raya umum) akan datang kita dapati sokongan cukup
baik, saya akan mendapatkan lebih banyak lagi peruntukan untuk membangunkan
daerah ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam majlis penyampaian Elaun Sara
Hidup Nelayan Secara Tunai Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) berjumlah lebih
RM300,000 kepada 1,261 nelayan kawasan Hilir Perak di Dewan Serbaguna Hutan
Melintang di sini hari ini.
“Saya yakin, nelayan-nelayan di Parlimen Bagan Datuk yang hadir hari ini
akan mengundi BN (Barisan Nasional),” katanya yang juga anggota Parlimen Bagan
Datuk. – WD MY