KUCHING, 3 Julai – Terima Kunjungan….Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Abdul Taib Mahmud hari ini menerima kunjungan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di kediaman peribadinya di Demak Jaya dekat sini.

Ahmad Zahid yang tiba kira-kira 12.30 tengah hari mengunjungi Abdul Taib bersempena Aidilfitri.

Hadir sama Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Masir Kujat, Timbalan Ketua Menteri Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan serta Menteri Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Sarawak Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah.

Abdul Taib dan Ahmad Zahid turut bertukar cenderahati.

Abdul Taib, isterinya Toh Puan Ragad Kurdi Taib serta Ahmad Zahid kemudian menikmati jamuan tengah hari bersama tetamu lain. – WD MY