JOHOR BAHRU, 7 Feb – Hari ini Timbalan Perdana Menteri melakukan lawatan kerja rasmi ke negeri Johor

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad zahid Hamidi memasuki pintu Utama Istana Pasir Pelangi, Johor Bharu jam 11.10 bagi tujuan mengadap Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

Beliau kemudiannya dijangka menghadiri majlis jamuan makan tengahari bersama Badan Perhubungan UMNO Johor, di Hotel Puteri Pasific, Johor Bharu.

Seterusnya mengadakan perjumpaan tertutup di hotel sama.

Pada jam 3 petang pula Datuk Seri Zahid dijangka menghadiri Majlis Ramah Mesra bersama UMNO Johor di Dewan Tanjung Puteri, Persada Johor, sebelum pulang ke Kuala Lumpur. – Suraya Ahmad

LEAVE A REPLY