KEMAMAN 31 Dis – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dijangka melawat mangsa banjir di Kemaman, Terengganu, pagi ini.

Beliau dijangka tiba jam 10.40 pagi.

Beliau akan mengadakan lawatan ke depoh simpanan bekalan hadapan, GDW Felda Seberang Tayor.

Selepas itu beliau akan diberi taklimat secara tertutup bersabit bencana banjir oleh pegawai daerah kemaman, Datuk Rozali Salleh.

Kemudian akan bergerak ke dewan sivik felda seberang tayor bertemu mangsa banjir.

Dalam majlis itu turut diadakan majlis sumbangan kepada JKKK dan kepada mangsa banjir.

Sebelum pulang ke ibu negara, Ahmad zahid bersama-sama mangsa banjir hadir di majlis jamuan rakyat.

Untuk rekod, jumlah mangsa banjir yang masih di pindahkan di Kemaman seramai 286 mangsa membabitkan 66 keluarga.

Ke semuanya ditempatkan di dewan sivik Seberang Tayor. – Suraya Ahmad/CF (WD MY)

LEAVE A REPLY