KUCHING, 5 Jan – Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching malam tadi untuk lawatan kerja.

Ketibaan beliau disambut oleh Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem, timbalannya Tan Sri Alfred Jabu anak Numpang, menteri-menteri kabinet negeri dan para pemimpin masyarakat tempatan serta orang kenamaan.

Beliau dijadualkan melawat empangan rendah di sini hari ini sebelum mendengar taklimat banjir Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri di Wisma Bapa Malaysia.

Beberapa tempat di sekitar bahagian Kuching, Samarahan dan Serian mengalami banjir kilat ekoran hujan lebat pada 31 Dis lepas.- Suraya Ahmad (WD MY)

LEAVE A REPLY