KUALA LUMPUR, 9 April – Ziarah….. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini, meluangkan masa menziarah Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din, yang menerima rawatan di Institut Jantung Negara (IJN).

Ahmad Zahid yang ditemani isterinya, Datin Seri Hamidah Khamis, meminta semua pihak mendoakan supaya Haron segera sembuh.

“Saya dan isteri menziarahi Tuan Guru Datuk Haron Din. Sama-samalah kita berdoa semoga beliau segera sembuh. Amin #AZH,” katanya menerusi akaun Twitter rasminya, @zahid_hamidi.

Selasa lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak, turut mengambil kesempatan melawat Haron di IJN selepas pemimpin PAS itu dilaporkan mengalami sakit dada dan terpaksa menerima rawatan lanjut pada 24 Mac lalu. – CF (WD MY)

LEAVE A REPLY