KOTA KINABALU, 10 Feb – Solat….. Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menunaikan solat Jumaat bersama kira-kira 12,000 umat Islam di Masjid Bandaraya Kota Kinabalu, Likas, di sini.

Ahmad Zahid turut diiringi Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman dan beberapa anggota Kabinet negeri.

Beliau tiba di sini malam tadi sempena lawatan tiga hari ke Sabah hingga esok.

Beliau turut dijadualkan menghadiri ceramah perdana sempena sambutan Hari Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) oleh Ustaz Datuk Kazim Elias di Masjid Negeri Sabah, Sembulan, selepas solat Isyak, malam ini. – WD MY