PETRA JAYA, 16 Jan – Beri Penghormatan…. Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, hadir menziarahi pusara bekas Ketua Menteri, Allahyarham Tan Sri Adenan Satem di Tanah Perkuburan Islam Samariang, di sini.

Beliau yang tiba pada jam 5.40 petang tadi, memberi penghormatan terakhir selepas tidak berpeluang berbuat demikian ketika jenazah dikebumikan pada 12 Januari lalu.

Ahmad Zahid ketika itu mengadakan lawatan kerja enam hari ke China, bermula 11 Januari, kunjungan pertama ke negara Tembok Besar itu sejak dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri, Februari lalu.

Ahmad Zahid turut diiringi Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Douglas Uggah Embas, Menteri Perancangan Sumber dan Alam Sekitar II, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan dan Menteri Kerajaan Tempatan, Datuk Dr Sim Kui Hian. – WD MY