NEW YORK 23 Ogos – Pengerusikan…….. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini mempengerusikan debat terbuka Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi mengawal pencambahan penggunaan senjata pemusnah besar-besaran (WMD).

Beliau memulakan debat terbuka itu dengan menyampaikan ucapan pembukaan tepat pukul 10.05 pagi (10.05 malam waktu Malaysia). Hadir pada sesi debat terbuka itu Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman dan Wakil Tetap Malaysia ke PBB, Datuk Ramlan Ibrahim.

Seramai 63 pembahas daripada lebih 50 negara mengambil bahagian dalam debat terbuka tersebut. Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon menjadi pembahas pertama debat tersebut. – WD MY

LEAVE A REPLY