PUTRAJAYA, 21 Dis – Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, selaku Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri hari ini mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Antipemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran (MAPO) yang pertama selepas pindaan Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) yang berkuatkuasa November lalu.

Mesyuarat kali ini turut disertai ahli baru MAPO seperti Kementerian Pertahanan, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Kementerian Kesihatan, Kementerian Belia dan Sukan serta Kementerian Perusahaan, Perladangan dan Komoditi.

Perkara penting dalam mesyuarat ini turut membabitkan pihak kedutaan Amerika Syarikat ke Malaysia bagi membincangkan penambahbaikan dan tindakan susulan yang perlu diambil negara bagi memperbaiki prestasi penilaian oleh Laporan Tahunan Jabatan Negara Amerika Syarikat mengenai pemerdagangan orang.

Malaysia perlu memperbaiki tahap kedudukan penilaian itu atau sekurang-kurangnya mengekalkan Tahap 2 (Pemerhatian), seperti penilaian JNAS 2015.

Ahmad Zahid turut menyampaikan sijil penghargaan kepada hotel JW Marriott kerana memberi peluang kerja kepada empat mangsa pemerdagangan orang. – Suraya Ahmad (WD MY)

LEAVE A REPLY