PUTRAJAYA, 13 Mei – Pengarah Pilihan Raya Kecil Diumum…. Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zamry Abdul Kadir serta Pengerusi UMNO Selangor Datuk Seri Noh Omar dilantik sebagai Pengarah Pilihanraya kecil untuk Barisan Nasional, BN bagi parlimen Kuala Kangsar dan Sungai Besar, masing-masing.

Manakala Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi akan menjadi Penyelaras keseluruhan kedua-dua kawasan itu.

Keputusan itu menurut Ahmad Zahid dibuat oleh Perdana Menteri yang juga Presiden parti , Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.

“Apa yang sedang kita lakukan kini ialah meneliti senarai pendek calon yang dikemukakan oleh Jawatankuasa bahagian dan semak latar belakang mereka supaya bersih daripada sebarang unsur negatif.Bukan sahaja calon “winnable” tapi perlu “likable”, kata Ahmad Zahid.

Senarai calon kita akan umumkan seminggu sebelum proses penamaan”,katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan pelancaran Konvensyen dan Majlis Pentauliahan AKRAB Kebangsaan kali ke-7. – CF (WD MY)

LEAVE A REPLY