KUALA LUMPUR, 3 Dis – Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini memberi penjelasan berhubung isu dana RM2.6 bilion kepada Dewan Rakyat.

Menurut Timbalan Perdana Menteri, beliau memaklumkan dana itu yang dimasukkan dalam akaun Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, kini masih dalam siasatan dan menjadi perkara yang subjudis jika ia dibincang kepada awam.

Ahmad Zahid berkata, siasatan berhubung isu itu juga dijalankan dengan bebas oleh pihak yang dipertanggungjawabkan.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata, di Malaysia tiada undang-undang khusus yang mengawal dana politik, justeru amalan menerima dana ini dibenarkan oleh mana-mana parti politik termasuk pembangkang.

Dalam sesi penerangan itu, tiada soal jawab dibenarkan oleh Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia.

Sementara itu, Ahmad Zahid berkata, Najib juga sudah menyuarakan hasrat membuat satu pendekatan baharu supaya ada kawalan selia terhadap dana politik namun ia ditolak pembangkang.

Hasrat itu sudah dua kali dinyatakan iaitu pada 2009 dan sekali lagi sebelum ini, susulan isu RM2.6 bilion yang menjadi perhatian umum.-Suraya Ahmad (WD MY)

LEAVE A REPLY