??SINTOK, 17 Sept – Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Z?ahid Hamidi memuji kepantasan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) menyelesaikan kes k?ehilangan dan pembunuhan Timbalan Ketua Bahagian Bicara dan Rayuan di Jabatan P?eguam Negara Anthony Kevin Morais.
  
 Sambil menyifatkannya sebagai kes berat, beliau berkata PDRM membuktikan k?emampuannya mengendalikan penyiasatan hingga dapat menyelesaikan kes itu.
  
 “Walaupun kes diklasifikasikan sebagai berat dan mayat mangsa disimen, d?imasukkan dalam tong dan dicampak ke dalam parit, namun kecekapan PDRM (?menyelesaikannya) harus dipuji,” kata beliau.
  
Sehubungan itu, Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri meminta polis s?egera memburu dalang kes berkenaan tanpa mengira latar belakangnya walaupun di a?nggota beruniform.
   
 “Buru dalang dan perancangnya walaupun orang itu adalah anggota b?eruniform,” katanya ketika berucap merasmikan Seminar Keselamatan dan p?engurusan Sempadan di Universiti Utara Malaysia (UUM) hari ini.-Suraya Ahmad (WD MY)

LEAVE A REPLY