BALIK PULAU, 13 Jun – Raikan….. Sejumlah 100 anak-anak yatim diraikan pada majlis berbuka puasa sempena Program Penerapan Nilai-nilai Murni Ramadan Kementerian Dalam Negeri yang tiba ke destinasi terakhir di sini, hari ini.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebelum itu meluangkan masa melawat bazar Ramadan di hadapan Masjid Daerah Barat Daya di sini, yang merupakan destinasi ke-12 program itu.

Program bermula dengan penyampaian sumbangan kepada anak yatim, diikuti majlis berbuka puasa dan solat Maghrib sebelum beliau menyertai solat Isyak serta bertarawih di Masjid Al-Qahhar, Permatang Damar Laut dekat sini.

Turut hadir Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Baka dan Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya. – WD MY