KUCHING, 26 Sept – Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi merasmikan
Festival Tebingan Kuching-Regata Sarawak 2015 di Tebingan Kuching di sini.

Beliau turut melepaskan peserta perlumbaan perahu panjang tradisional
Sarawak yang diperkenalkan sejak era pemerintah Rajah Brooke pada tahun 1872
bagi memupuk semangat setia kawan dan menghentikan pembunuhan antara suku kaum
di negeri ini ketika itu.

Selain perlumbaan perahu panjang tradisional Sarawak, festival kali ini
turut mempertandingkan acara perahu naga melibatkan penyertaan 25 pasukan
antaranya dari Hong Kong, Indonesia, Jepun, Filipina, dan Taiwan serta pasukan
tempatan dari Sabah, Pulau Pinang, Kedah dan Kuala Lumpur.

Festival dua minggu bermula 18 Sept hingga esok turut menyediakan pelbagai
aktiviti sampingan termasuk pesta makanan Malaysia dan pameran kraftangan selain
program hiburan tradisional.

Ahmad Zahid yang dalam rangka lawatan dua hari ke negeri ini, turut akan
menghadiri dua sesi bertemu rakyat di Rumah Panjang Methew Manai Tan di Kampung
Kerangas Baru, Melikin, di Kilometer 94 Jalan Kuching/Sri Aman dan Kampung
Terbat Leban di Serian, dekat sini.-Suraya Ahmad (WD MY)

LEAVE A REPLY