BATU PAHAT,  7 Julai – Rasmikan….. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebentar tadi tiba di sini, bagi merasmikan Mesyuarat UMNO Bahagian Batu Pahat di Dewan Jubli Intan.

Ahmad Zahid yang juga Naib Presiden UMNO yang menjalankan tugas Timbalan Presiden itu tiba kira-kira jam 10.40 pagi diiringi Ketua Bahagian UMNO Batu Pahat, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi bagi perasmian mesyuarat Bahagian UMNO pertama yang diadakan untuk tahun ini.

Turut hadir, Setiausaha UMNO Johor, Datuk Md Jais Sarday; Timbalan Ketua Bahagian UMNO Batu Pahat, Zaidi Japar; Naib Ketua Bahagian UMNO Batu Pahat, Jaafar Hashim dan Ketua Wanita UMNO Batu Pahat, Haliza Abdullah.

Kira-kira 1,000 perwakilan UMNO menghadiri mesyuarat berkenaan yang membabitkan 163 cawangan di Bahagian Batu Pahat bagi mendengar amanat Ahmad Zahid. – WD MY