KUALA LUMPUR, 9 Dis – Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini merasmikan ruang pameran agensi-agensi di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN) pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2015 di sini.

Ahmad Zahid, yang juga Menteri Dalam Negeri, disambut oleh Timbalan Menteri
KDN Datuk Nur Jazlan Mohamed dan Ketua Setiausaha KDN Datuk Seri Alwi
Ibrahim.

Hadir juga pada perasmian itu ialah ketua-ketua agensi di bawah KDN.

Terdahulu dalam ucapannya, beliau, yang juga Naib Presiden UMNO mengucapkan
tahniah kepada agensi-agensi di bawah kementerian itu yang terlibat dalam
menjaga keselamatan sepanjang perhimpunan kali ini.

Ahmad Zahid meluangkan masa kira-kira 20 minit melawat ruang pameran
berkenaan.

Sebanyak tujuh agensi terlibat dalam pameran tersebut iaitu Polis Diraja
Malaysia, Agensi Anti Dadah Kebangsaan, Jabatan Pendaftaran Negara, Jabatan
Pendaftaran Pertubuhan, Jabatan Imigresen, Percetakan Nasional Bhd dan Jabatan
Sukarelawan Malaysia (Rela).-Suraya Ahmad (WD MY)

LEAVE A REPLY