JOHOR BAHRU, 9 Jun – Tunaikan Tarawih…. Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menunaikan solat Isyak dan Tarawih di Masjid Sultan Iskandar, Bandar Dato’ Onn sempena Majlis Penerapan Nilai-nilai Murni di Bulan Ramadan.

Ahmad Zahid yang diiringi Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Nur Jazlan Mohamed menyertai kira-kira 2,000 jemaah menunaikan solat berkenaan dengan dipimpin Imam Masjid, Abdullah Embong.

Selepas selesai solat tarawih, Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri, menyertai jamuan moreh serta menyampaikan sumbangan RM300 kepada setiap 200 golongan asnaf yang terdiri daripada ibu tunggal, anak yatim dan warga emas.

Terdahulu, timbalan perdana menteri menghadiri majlis berbuka puasa bersama UMNO Johor dan disertai kira-kira 1,500 kakitangan dan pegawai Kementerian Dalam Negeri serta 100 anak yatim dan golongan asnaf di Masjid Al-Mizan malam tadi. – WD MY