SHAH ALAM, 13 Feb – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menggesa Persekutuan Pengilang-Pengilang Malaysia (FMM) menyemak terlebih dahulu dengan ahli mereka sebelum membuat sebarang kesimpulan.

Ia merujuk kepada kenyataan FMM yang menafikan meminta sejumlah besar pekerja Bangladesh dibawa masuk ke negara ini.

“Kerajaan mendengar permintaan mereka menyatakan bahawa syarikat mereka tidak dapat bergerak, kilang-kilang mereka tak berjalan kerana mereka kekurangan pekerja, orang Malaysia tidak mahu kerja, yang mahu kerja tidak tahan lama, terpaksa gulung tikar,” katanya selepas merasmikan skuter elektrik Mad Velocifero hari ini.

Jelas beliau, walaupun FMM tidak membuat permohonan rasmi kepada kerajaan, terdapat ahlinya yang membuat permohonan terus kepada Kementerian Sumber Manusia, bahagian pekerja asing di Jabatan Imigresen dan bahagian pekerja asing tidak mahir di Kementerian Dalam Negeri. – CF (WD MY)

LEAVE A REPLY