SUNGAI BESAR, 11 Jun – Sedih Tun Dr. M Kempen Bersama Pembangkang……. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, UMNO berasa sedih dengan tindakan Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang turun berkempen bersama parti pembangkang dalam pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Kuala Kangsar serta Sungai Besar.

Ahmad Zahid bagaimanapun percaya masyarakat dan pengundi tidak akan terpengaruh dengan kempen dibawa bekas Presiden UMNO itu.

Sebaliknya, beliau percaya mereka yang setia bersama Barisan Nasional (BN) akan tetap menyokong calonnya selain pada masa sama melihat wujud gelombang baharu iaitu pengundi atas pagar akan menyokong BN.

“Keizinan untuk mana-mana tokoh berkempen untuk mana-mana calon adalah amalan biasa tetapi kita berasa sedih kerana bekas Presiden UMNO, Pengerusi BN dan Perdana Menteri sanggup memburukkan calon BN dan berhasrat untuk menjatuhkan BN dalam dua PRK kali ini. – WD MY

LEAVE A REPLY