KUCHING, 12 Julai – Tiba…… Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi selamat tiba untuk lawatan kerja dua hari ke Sarawak tiba di KIA kira-kira 7 malam dengan menaiki pesawat khas.

Ketibaan beliau disambut oleh Speaker Dewan Undangan Negeri Sarawak Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar, Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri Datuk Dr Sim Kui Hian, ketua-ketua jabatan serta pemimpin masyarakat sekitar Kuching.

Ahmad Zahid dijadual akan diberi taklimat ringkas mengenai pengurusan wabak anjing gila atau rabies oleh Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Sarawak di hangar Hornbill Skyways di Kuching, pagi esok.

Pada majlis itu, Ahmad Zahid juga dijadual menyampaikan sumbangan kepada keluarga mangsa wabak rabies dari Kampung Paon Sungai Rimu Bakung, Serian.

Beliau kemudian akan berlepas menaiki helikopter untuk menghadiri Majlis Ramah Tamah Aidilfitri Kementerian Dalam Negeri (KDN) di Padang Lama Kompleks Sukan Sri Aman.

Ahmad Zahid dijadual berlepas pulang ke Kuala Lumpur pada tengah hari. – WD MY