ALOR SETAR, 15 Julai – Serikan…….. Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi meluangkan masa menghadiri majlis perkahwinan anak perempuan Menteri Besar Kedah Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah malam tadi.

Ketibaan Ahmad Zahid di Dewan Vimal dekat sini itu disambut Ahmad Bashah dan isteri, Datin Seri Hizam Awang Ahmad.

Ahmad Zahid kemudiannya meluangkan masa lebih sejam beramah mesra dengan tetamu dan melakukan upacara menepung tawar ke atas anak bongsu Ahmad Bashah itu dan pasangannya.

Pasangan mempelai itu, Azira Hafiza, 27, yang kini bekerja sebagai Eksekutif di Perbadanan Nasional Berhad dan Mohamad Azrul Haqim Baharum, 26, seorang ahli perniagaan, diijabkabulkan pada 8 Okt 2016 dalam majlis pernikahan yang berlangsung di kediaman rasmi menteri besar di Seri Mentaloon.

Antara kerabat diraja yang berangkat pada majlis itu ialah Sultanah Kedah Tuanku Hajah Haminah, Raja Muda Kedah Tan Sri Tunku Sallehuddin Sultan Badlishah dan Raja Puan Muda Kedah Puan Sri Tengku Maliha Tengku Ariff, Tunku Temenggong Kedah Tan Sri Tunku Puteri Intan Safinaz Sultan Abdul Halim Muā€™adzam Shah dan Tunku Bendahara Kedah Tan Sri Tunku Abdul Hamid Thani.

Turut hadir, Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim, exco kerajaan negeri serta pemimpin tempatan.

Majlis yang turut diserikan dengan kehadiran artis tempatan seperti Nash itu dihadiri kira-kira1,000 tetamu kenamaan manakala majlis kenduri bersama rakyat akan dilangsungkan pada 22 Julai ini. – WD MY