KUALA LUMPUR, 14 Okt – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
mengucapkan Selamat Menyambut Maal Hijrah kepada seluruh umat Islam di Malaysia dan
seluruh dunia, mengajak mereka menghayati penghijrahan Rasulullah SAW daripada Makkah ke Kota Madinah.

Menurut beliau berkata perkara yang baginda laksanakan ialah dengan menyatupadukan
kaum Aus dan Khazraj diikuti kaum Ansar dan Muhajirin menjadi saudara.

“Semangat perpaduan inilah yang harus diterjemah dalam realiti kehidupan
masyarakat berbilang kaum, agama dan budaya di negara kita.

“Semoga kita semua sebagai umat Islam sentiasa berada dalam reda dan rahmat
Allah untuk hari yang mendatang. Semoga lebih baik serta terus berjaya di dunia
dan akhirat,” -Suraya Ahmad (WD MY)

LEAVE A REPLY