SEREMBAN, 31 Mei – Sumbangan….. Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini menyampaikan sumbangan RM600,000 kepada Masjid Kariah Paroi Jaya di Pinggiran Golf dekat sini, untuk kegunaan masjid malam tadi.

Sebelum itu, Ahmad Zahid yang diiringi Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hassan dan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar bersama-sama kira-kira 1,000 penduduk setempat menunaikan solat Isyak yang dipimpin imam masjid, Abdul Hamid Jaman.

Timbalan perdana menteri, kemudian bersama jemaah yang lain menunaikan solat Tarawih yang dipimpin Ustaz Sharizal Kadir.

Ahmad Zahid juga berkesempatan menyertai jamuan moreh selepas selesai solat Tarawih.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri hadir pada Program Penerapan Nilai-Nilai Murni bersama warga Kementerian Dalam Negeri (KDN) peringkat Negeri Sembilan. – WD MY